Berkat.

KEBERKATAN KERAJAAN PN

Alhamdulillah selepas PN memerintah para penyokong PH sudah insaf dan bersatu hati menentang tabiat pemandu mabuk, menghalang perniagaan arak dan pengilangannya.
Penyokong PH juga sudah insaf, sudah menentang perjudian dan kedai perjudian. Mereka juga sudah bencikan LGBT. Yg lebih membanggakan pendokong PH juga sudah menuntut Hudud dilaksanakan. Mereka juga setiap hari mahu bersolat berjamaah di masjid selain setiap minggu mereka menangis utk bersolat Jumaat. Mereka sudah kembali ke pangkal jalan tidak mahu lagi berbuka puasa dan bertarawih di kuil.
Inilah tanda² keberkatan PN. Golongan PH yg dahulu menentang Islam kini sudah jinak dgn Islam. Itu baharu beberapa bulan PN memerintah, Insya Allah setelah habis dugaan Covid 19 nanti, banyak lagi keberkatan akan diperolehi melalui kerajaan ini walaupun tidak berjanji secantik janji kerajaan PH yg ternyata pembohong besar diabad ini.
Kehendak penyokong PH ini selari dgn tujuan PAS dan kerajaan PN. DIdoakan semoga penyokong PH tidak lagi mahu bersekongkol dgn puak anti Islam seperti DAP dan PAN serta liberalisme seperti PKR.